Tuesday, February 16, 2010

Cermim Diri


Mereka yang memiliki hati yang jernih dalam hidupnya akan timbul rasa malu terhadap ALLAH kerana terasa sentiasa diawasi dan diperhati,timbul rasa takut kepadaNya kerana berada dalam kekuasaanNya,rasa syukur atas segala nikmatNya,melaksanakan suruhanNya,tanpa tangguh kerana ajal boleh datang secara tiba tiba.Amalan yang paling disenangi ALLAH adalah solat diawal waktunya,berbakti pada ibubapa dan berjuang di jalan ALLAH.Cintakah kita kepada ALLAH dan RASULNya atau kita cinta kepada dunia yang membuat kita leka,renungkan.Syurga itu di bawah kaki ibu untuk anak lelaki,buat anak perempuan syurga itu terletak di tapak kaki suami.Perempuan apabila sembahyang lima waktu,puasa dalam bulan Ramadan,memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya,masuklah dia dari pintu Syurga mana mana saja dia kehendakinya.Rasulullah s.a.w bersabda; ''Hendaklah kamu memuliakan dan meraikan anak-anak kamu dan hendaklah kamu memperbaiki akhlak atau tingkah laku mereka kerana anak-anak kamu itu anuegrah ALLAH kepada kamu.

No comments:

Post a Comment