Tuesday, February 16, 2010

Cermim Diri


Mereka yang memiliki hati yang jernih dalam hidupnya akan timbul rasa malu terhadap ALLAH kerana terasa sentiasa diawasi dan diperhati,timbul rasa takut kepadaNya kerana berada dalam kekuasaanNya,rasa syukur atas segala nikmatNya,melaksanakan suruhanNya,tanpa tangguh kerana ajal boleh datang secara tiba tiba.Amalan yang paling disenangi ALLAH adalah solat diawal waktunya,berbakti pada ibubapa dan berjuang di jalan ALLAH.Cintakah kita kepada ALLAH dan RASULNya atau kita cinta kepada dunia yang membuat kita leka,renungkan.Syurga itu di bawah kaki ibu untuk anak lelaki,buat anak perempuan syurga itu terletak di tapak kaki suami.Perempuan apabila sembahyang lima waktu,puasa dalam bulan Ramadan,memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya,masuklah dia dari pintu Syurga mana mana saja dia kehendakinya.Rasulullah s.a.w bersabda; ''Hendaklah kamu memuliakan dan meraikan anak-anak kamu dan hendaklah kamu memperbaiki akhlak atau tingkah laku mereka kerana anak-anak kamu itu anuegrah ALLAH kepada kamu.

Wednesday, February 10, 2010

mutiara kata


Cinta merupakan suatu anungerah ALLAH yang tidak ternilai harganya ...........namun cinta yang sejati amatiah sukar diperolehi,samada cintaterhadapnya mahupun sesama insan tanpa disertakan dengan sifat kejujuran,keiklasan,kesabaran,timbangrasa,saling memahami dan saling menyayangi..Cinta seperti pelangi yang indah dan mengasyikkan mata memandang.Namun keindahan keasyikan itu hilang bersama hilangnya sang pelangi,bila kata janji tidak dikota dan kesetiaan hanyut bersama arus masa.Sesuatu yang pahit itu adakalanya penawar dan sesuatu yang manis itu adakalanya berbisa...

cermin diri






Jika engkau memberikan cinta,aku hanya terdaya memberikan harapan dan bukan jaminan.Kerana ALLAH yang menentukan masa depan.

Thursday, February 4, 2010

mutiara kata





''Ramai orang berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki kekasih yang cantik.Tetapi tidak ramai yang berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan amal yang baik.''Perintahlah anak-anak sembahyang apabila umur nya 7 tahun.Apabila umurnya 10 tahun,jika tak bersolat maka hukumlah mereka.Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan rezekinya atau dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia memperhubungkan siliturrahim iaitu hubung kasih -sayang